Gaza dan Israel

       Seluruh dunia sedia maklum mengenai konflik di antara Gaza dan Israel. Pelbagai spekulasi dihadapkan ke muka media massa dan setiap pemikiran sama ada Muslim atau sebaliknya. Isu antara Gaza dan Israel ini dikaitkan dengan pelbagai konflik sama ada agama, pangkat dan sebagainya. Tetapi tidak semua tahu bahawa sebab utama mengapa Israel begitu mahukan Gaza adalah disebabkan tanah Gaza tersebut.

       Baru – baru ini kami berpeluang menemubual Datin Paduka Marina Mahathir untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman mengenai isu Gaza dan Israel ini.  Tidak dinafikan apabila timbul apa jua isu masyarakat di Malaysia, bukan sahaja di seluruh dunia akan melakukan demonstrasi mengenai isu tersebut. Kami juga berpeluang untuk menyertai dan melihat sendiri demonstrasi yang di jalankan di Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur.

       Maka, isu ini kami tanyakan kepada Marina Mahathir. Katanya, tidak salah untuk melakukan protes seperti ini. Tapi adakah ia efisyen dalam menyampaikan apa yang ingin disampaikan ? apa tujuan diadakan protes seperti ini ? kadang – kadang protes seperti ini perlu di ketuai oleh orang- orang yang sebetulnya ingin protes ini berjaya disampaikan mesejnya. Protes itu betul dalam apa jua isu tapi haruslah dilakukan dengan aman dan betul.

       Marina Mahathir sendiri berkata, konflik antara Gaza dan Israel bukan mengenai isu agama antara Islam dan Yahudi atau sebagainya. Ia adalah mengenai tanah yang direbutkan oleh Israel. Tanah yang kecil tidak dapat menampung jumlah manusia yang ramai. Selain itu tidak semua Palestinian adalah Muslim. Maka, ini bukan isu agama tapi isu kemanusiaan.

       Di Malaysia, rakyat sibuk memboikot produk-produk yang katanya menyumbang kepada peperangan yang berlaku di Gaza. Adakah dengan melakukan boikot sebegini membantu mereka di sana ? Kita tidak akan merasa apa yang orang lain rasa jika kita tidak berada di tempat mereka. Begitu juga apa yang rakyat Palestin alami kini. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak dapat merasa keperitan yang dialami mereka kerana kita hidup dalam negara yang aman damai tanpa sebarang permusuhan dan peperangan. Ramai antara mereka yang mati semasa makan malam bersama keluarga, mati semasa membeli barang di kedai dan dalam pelbagai keadaan lagi.

       Marina Mahathir sendiri mengaku bahawa beliau tidak membeli makanan atau produk dari Israel. Beliau percaya bahawa setiap francais Starbucks atau McDonald di Malaysia adalah kepunyaan rakyat Malaysia sendiri. Sedangkan di dalam Mal Zamzam Tower berdekatan Masjidil Haram juga terdapat Starbucks. Jadi, bagaimanakah isu memboikot produk dari Israel ini boleh menyumbang kepada keamanan di Gaza ? Katanya lagi, jangan terlalu percaya kepada khabar angin yang mengatakan setiap sen yang kita salurkan untuk membeli produk dari Israel ini akan digunakan untuk menghancurkan umat Islam di Palestin.

       Kami juga sempat bertanya mengenai media di Malaysia kepada beliau. Katanya rakyat Malaysia sudah pandai memilih dan berfikir apa yang mereka mahukan. Terutama sesetengah media yang terlalu menonjol mereka berpihak kepada apa. Seharusnya media menjadi lebih neutral dan biarkan pembaca yang memilih sendiri. Beliau juga menyatakan rasa kecewanya beberapa tahun kebelakangan ini terhadap media di Malaysia yang suka memutar belitkan apa yang sesetengah orang atau ahli politik katakan. Beliau juga pernah menjadi mangsa apabila kenyataannya sengaja diputar belitkan.

       Beliau juga setuju bahawa pembaca hanya boleh membaca apa yang ada pada surat khabar sahaja dan terima bulat-bulat apa yang ada di dalamnya. Lain pula halnya dengan media baru seperti blog dan sebagainya. Mereka lebih gemar membaca dan mendapatkan maklumat daripada blog kerana mereka mengamalkan kebebasan menulis dan bersuara. Apa yang terdapat di blog tidak terdapat di dada akhbar.
Akhir kata, Marina Mahathir menyatakan rasa keinginannya untuk melihat kebebasan menyuarakan pendapat mereka tanpa di kecam oleh mana-mana pihak dan semuanya kembali normal. Beliau juga mengharapkan agar masyarakat saling menghormati dan kekalkan sikap positif setiap masa. 

No comments:

Post a Comment