Seluruh dunia sedia maklum mengenai konflik di antara
Gaza dan Israel. Pelbagai spekulasi dihadapkan ke muka media massa dan setiap
pemikiran sama ada Muslim atau sebaliknya. Isu antara Gaza dan Israel ini
dikaitkan dengan pelbagai konflik sama ada agama, pangkat dan sebagainya.
Tetapi tidak semua tahu bahawa sebab utama mengapa Israel begitu mahukan Gaza
adalah disebabkan tanah Gaza tersebut.
Baru – baru ini kami berpeluang menemubual Datin
Paduka Marina Mahathir untuk mendapatkan maklumat dan berkongsi pengalaman
mengenai isu Gaza dan Israel ini. Tidak
dinafikan apabila timbul apa jua isu masyarakat di Malaysia, bukan sahaja di
seluruh dunia akan melakukan demonstrasi mengenai isu tersebut. Kami juga
berpeluang untuk menyertai dan melihat sendiri demonstrasi yang di jalankan di
Kedutaan Amerika, Kuala Lumpur.
Maka, isu ini kami tanyakan kepada Marina Mahathir.
Katanya, tidak salah untuk melakukan protes seperti ini. Tapi adakah ia efisyen
dalam menyampaikan apa yang ingin disampaikan ? apa tujuan diadakan protes
seperti ini ? kadang – kadang protes seperti ini perlu di ketuai oleh orang-
orang yang sebetulnya ingin protes ini berjaya disampaikan mesejnya. Protes itu
betul dalam apa jua isu tapi haruslah dilakukan dengan aman dan betul.
Marina Mahathir sendiri berkata, konflik antara Gaza
dan Israel bukan mengenai isu agama antara Islam dan Yahudi atau sebagainya. Ia
adalah mengenai tanah yang direbutkan oleh Israel. Tanah yang kecil tidak dapat
menampung jumlah manusia yang ramai. Selain itu tidak semua Palestinian adalah
Muslim. Maka, ini bukan isu agama tapi isu kemanusiaan.
Di Malaysia, rakyat sibuk memboikot produk-produk yang
katanya menyumbang kepada peperangan yang berlaku di Gaza. Adakah dengan
melakukan boikot sebegini membantu mereka di sana ? Kita tidak akan merasa apa
yang orang lain rasa jika kita tidak berada di tempat mereka. Begitu juga apa
yang rakyat Palestin alami kini. Kita sebagai rakyat Malaysia tidak dapat
merasa keperitan yang dialami mereka kerana kita hidup dalam negara yang aman
damai tanpa sebarang permusuhan dan peperangan. Ramai antara mereka yang mati
semasa makan malam bersama keluarga, mati semasa membeli barang di kedai dan
dalam pelbagai keadaan lagi.
Marina Mahathir sendiri mengaku bahawa beliau tidak
membeli makanan atau produk dari Israel. Beliau percaya bahawa setiap francais
Starbucks atau McDonald di Malaysia adalah kepunyaan rakyat Malaysia sendiri.
Sedangkan di dalam Mal Zamzam Tower berdekatan Masjidil Haram juga terdapat
Starbucks. Jadi, bagaimanakah isu memboikot produk dari Israel ini boleh
menyumbang kepada keamanan di Gaza ? Katanya lagi, jangan terlalu percaya
kepada khabar angin yang mengatakan setiap sen yang kita salurkan untuk membeli
produk dari Israel ini akan digunakan untuk menghancurkan umat Islam di
Palestin.
Kami juga sempat bertanya mengenai media di Malaysia
kepada beliau. Katanya rakyat Malaysia sudah pandai memilih dan berfikir apa
yang mereka mahukan. Terutama sesetengah media yang terlalu menonjol mereka
berpihak kepada apa. Seharusnya media menjadi lebih neutral dan biarkan pembaca
yang memilih sendiri. Beliau juga menyatakan rasa kecewanya beberapa tahun
kebelakangan ini terhadap media di Malaysia yang suka memutar belitkan apa yang
sesetengah orang atau ahli politik katakan. Beliau juga pernah menjadi mangsa
apabila kenyataannya sengaja diputar belitkan.
Beliau juga setuju bahawa pembaca hanya boleh membaca
apa yang ada pada surat khabar sahaja dan terima bulat-bulat apa yang ada di
dalamnya. Lain pula halnya dengan media baru seperti blog dan sebagainya.
Mereka lebih gemar membaca dan mendapatkan maklumat daripada blog kerana mereka
mengamalkan kebebasan menulis dan bersuara. Apa yang terdapat di blog tidak
terdapat di dada akhbar.
Akhir kata, Marina Mahathir menyatakan rasa
keinginannya untuk melihat kebebasan menyuarakan pendapat mereka tanpa di kecam
oleh mana-mana pihak dan semuanya kembali normal. Beliau juga mengharapkan agar
masyarakat saling menghormati dan kekalkan sikap positif setiap masa.